Mezzanine Floor, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, 50150 K. Lumpur

Tel: (603) 2715-2810, Fax: (603) 2715-2801



6th Australia Youth Olympic Festival 2013
Sydney
16 Jan - 20 Jan 2013


Update 12.01.2013

3rd Islamic Solidarity Games 2013
Riau
6 Jun - 17 Jun 2013

[isg]

Postponed

4th Asian Indoor & Martial Arts Games 2013
Incheon
29 Jun - 6 Jul 2013

[aimag]

Update 19.03.2013

2nd Asian Youth Games 2013
Nanjing
16 Aug - 24 Aug 2013

[ayg]

Update 19.03.2013

27th SEA Games 2013
Myanmar
11 Dec - 22 Dec 2013

[sea]

Update 19.03.2013
News


Sukan Asia Pantai kurang liputan

KUALA LUMPUR - Temasya Sukan Asia Pantai III yang berlangsung mulai 16 hingga 22 Jun di Haiyang, China akan terjejas kerana hanya 17 daripada 45 negara Asia akan menghantar wartawan untuk melakukan liputan.

Keresahan itu ditimbulkan sewaktu mesyuarat Jawatankuasa Media Majlis Olimpik Asia di Macau 7 Februari 2012 dan pengerusinya, Charles Lo membayangkan antara sebab utama media seolah-olah memulaukan temasya berkenaan disebabkan tarikh Sukan Olimpik XXX terlalu hampir.

Pesta di London itu akan berlangsung mulai 27 Julai hingga 12 Ogos.

''Walaupun penganjur menyediakan penginapan percuma ia tidak mungkin dapat menarik minat wartawan berkumpul di Haiyang kecuali media tempatan berjumlah melebihi 200 orang,'' katanya.

Sukan Asia Pantai ini akan menyediakan 49 acara daripada 13 jenis sukan.

Lo juga mengumumkan akan menghantar tiga pegawai daripada Jawatankuasa Media OCA untuk meninjau persediaan penganjur di Haiyang awal Mei ini.

Juga diumumkan tiga kakitangan penerbitannya dari majalah Sporting Asia akan dihantar membuat liputan Sukan Olimpik di London.

Kumpulan itu akan diketuai oleh Pengarang Sporting Asia, Jeremy Walker bersama dua lagi tenaga kerja yang turut sama akan mengendalikan laman web OCA.

Turut sama diundang menyertai mesyuarat Jawatankuasa Media OCA di Macau itu ialah Naib Presiden OCA-Asia Timur, Timothy Fok dari Hong Kong dan Pengerusi Jawatankuasa Sukan OCA, Zhang Jilong.


Rosmanizam Abdullah, Ahli Jawatankuasa Media Majlis Olimpik Asia dan Penolong Bendahari Kehormat Majlis Olimpik Malaysia




Back | | Send To Friend | 09 February, 2012