Mezzanine Floor, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, 50150 K. Lumpur

Tel: (603) 2715-2810, Fax: (603) 2715-2801



6th Australia Youth Olympic Festival 2013
Sydney
16 Jan - 20 Jan 2013


Update 12.01.2013

3rd Islamic Solidarity Games 2013
Riau
6 Jun - 17 Jun 2013

[isg]

Postponed

4th Asian Indoor & Martial Arts Games 2013
Incheon
29 Jun - 6 Jul 2013

[aimag]

Update 19.03.2013

2nd Asian Youth Games 2013
Nanjing
16 Aug - 24 Aug 2013

[ayg]

Update 19.03.2013

27th SEA Games 2013
Myanmar
11 Dec - 22 Dec 2013

[sea]

Update 19.03.2013
News


Laporan 2: Beregu lelaki lonjak kegembiraan

LONDON, 28 Julai - Malaysia mengharungi hari pertama temasya Sukan Olimpik XXX di sini dengan penuh kebimbangan.

Daripada enam yang disertai, wakil negara cuma menang satu acara.

Dalam memanah, Mexico menamatkan kemaraan skuad berpasukan lelaki dengan kedudukan 216-211 di Lord's Cricket Ground.Berikutan kekalahan ini, pasukan negara meletakkan harapan dalam saingan individu yang akan berlangsung Isnin.

''Matlamat kami tertumpu kepada acara individu termasuk bahagian wanita yang akan dibahui oleh Nurul Syafiqah Hashim,'' kata pengurus pasukan, Tan Sri A. Halil Mutalib.

Nur Suryani Taibi yang mendapat liputan meluas kerana menyertai pertandingan walaupun sarat mengandung hanya berkedudukan 34 daripada 56 peserta acara 10 meter air rifle wanita. Nur Suryani mengumpulkan 392.26 mata. Pemenang emas ialah Yi Siling dari China.

Ketua kontinjen negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid bagaimanapun bangga dengan semangat dan pencapaian Nur Suryani semalam.

Dalam badminton, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong melonjakkan kegembiraan penyokong Malaysia di Wembley Arena dengan kemenangan ke atas Naoki Kawamae-Shoji Sato 21-12, 21-14. Dua lagi keputusan berpihak kepada lawan. Chen Hun Ling-Cheng Wen Hsing dari Taiwan menafikan kegarangan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-12, 6-21, 21-15. Dalam perseorangan wanita, Tee Jing Yi tumbang kepada Bae Yeon-ju dari Korea Selatan 21-16, 15-21, 12-21.

''Masih ada peluang lagi dan mereka akan meneruskan perjuangan dalam kumpulan masing-masing. Saya mengharapkan yang terbaik daripada mereka,'' kata pengurus badminton, Ng Chin Chai.

Dalam perlumbaan basikal lebuh raya 250 kilometer lepas beramai-ramai, Amir Mustafa Rusli dan Adiq Husainie Othman tidak dapat meneruskan perlumbaan kerana diminta menarik diri berikutan ketinggalan lebih 18 minit daripada pendahulu perlumbaan.
Pemenang emas ialah Alexandr Vinokurof dari Kazkhstan dengan masa 5'45.57 saat.

ROSMANIZAM ABDULLAH
Atace Media
Sukan Olimpik XXX
London 2012.


Koo Kien Keat & Tan Boon Heong
Photo Credits :Astro Arena Saluran 801




Back | | Send To Friend | 28 July, 2012