News
Laporan 7: Pasangan Koo-Tan, Chong Wei ke separuh akhir
LONDON 2 Ogos - Pasangan pilihan kelapan, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menyerap ke separuh akhir acara badminton apabila mengatasi wakil Thailand, Bodin Isara-Maneepong Jongjit dalam suku akhir di Wembley Arena. Koo-Tan menang 21-16, 21-18 untuk bertemu beregu pilihan utama dari China, Cai Yun-Fu Haifeng yang mengatasi rakan sepasukan Chai Biao-Guo Zhendong 21-15, 21-19 dalam satu lagi suku akhir. ''Ini merupakan pertama kali pasangan negara layak ke separuh akhir sejak Choong Tan Fook-Lee Wan Wah bersaing dalam Sukan Olimpik di Sydney pada 2000. Saya mengucapkan tahniah dan berharap beregu kita ini dapat membaiki segala kelemahan dalam pusingan penentuan ke akhir kelak,'' kata ketua kontinjen negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Seperti dijangka, Datuk Lee Chong Wei meneruskan misi dengan kemenangan 21-19, 21-11 ke atas Kashyap Parupalli dalam suku akhir perseorangan lelaki. '' Kashyap bermain dengan baik dan pencapaiannya meningkat sejak perlawanan terakhir kami pada Terbuka Denmark lepas,'' kata Chong Wei. ''Saya dapati Chong Wei beraksi dengan tenang untuk mengatasi lawan yang berkebolehan dalam pelbagai strok. Prestasi Chong Wei semakin baik sekarang sesudah pulih daripada kecederaan,'' kata Ahmad Sarji. Pilihan utama itu akan bertemu Chen Long dari China dalam babak separuh akhir. Chen mengatasi Peter Gade (Denmark) 21-16, 21-13 dalam satu lagi suku akhir. Dalam acarra renang 80 meter gaya bebas wanita, Khoo Chai Lin cuma berkedudukan keenam daripada lapan peserta dengan catatan 8:51.18. ROSMANIZAM ABDULLAH Atace Media Sukan Olimpik XXX London 2012 Tel: +447818332886
 Sumber Gambar: Team Malaysia
Back | | Send To Friend | 02 August, 2012
|